Hatiku juga seputih salju,
Ku mengharapkan untaian hidayah,
Yang akan menyelimuti kalbuku,
Yang membasahi jiwaku,
Namun kedatangannya tidak statik begitu.
Indahnya melihat butiran salji itu turun,
Walaupun bukan dengan pandangan mata kasar,
Namun ia cukup membuatkan hati ini sejuk,
Sesejuk salji yang turun.
Putih dan bersih,
Itulah salji yang turun membasahi bumi,
Tikaran salji yang membentangi alam,
Mencipta lopak-lopak di jalanan.
Ada yang tergelincir,
Malah ada yang kemalangan,
Namun salji tetap begitu,
Tiada apa yang berubah,
Itulah kebesaran Yang Maha Esa
Namun manusia mempunyai pilihan,
Memilih untuk menajdi seputih salji,
Turunnya tanpa melawan,
Leburnya tanpa bangkangan,
Hakikatnya manusia sering memilih keingkaran
Aku mahu hatiku seputih salju,
Agar hidayah Allah dapat memanduku
Agar aku terus berada di jalanNya...
No comments:
Post a Comment